Saturday, March 17, 2012

chapter 1 : please don't leave me alone






22.4.20xx, 2.30 p.m

Jiyeon POV

"Park Ji Yeon!!!!!!" suara itu. ye. hahaha suara yang aku selalu ingin mendengarnya. aku mahu dia selalu menyebut namaku. dahulu, aku selalu berangan yang dia akan menyebut namaku. sekarang, dia sudah menyebut namaku. hahahaha tapi kenapa sekarang?  kenapa waktu sebegini dia baru mahu menyebut namaku?

"cepat, angkat dia ke belakang aku. kita mesti cepat! sebelum jadi lebih kritikal. cepat sungyeol! sebelum kita terlambat!" perlahan-lahan suara itu masuk ke dalam telingaku. hahahaha kenapa sekarang kau baru nak mengambil berat fasalku? kenapa sekarang? tapi aku tak berdaya mahu menanyakannya. kepala aku sakit sangat. ya. terlampau sakit.....


22.4.20xx, 4.00 p.m

"jiyeon.. bangunlah... tolonglah cakap yang awak dah sedarkan diri. nanti siapa nak berborak dengan saya? siapa nak bergurau dengan saya? Jiyeon... tolonglahh" sedikit sedar suara itu menjagakan aku dari mimpi seram tadi. perlahan-lahan aku membuka mataku. bila buka mata sahaja, aku lihat dua orang perempuan yang matanya sudah merah memadang ke arahku dan seorang lelaki bersandar ke dinding melihat aku dengan kosong.

"di mana saya?" tanyaku dengan suara sedikit serak. aku sedikit terkejut melihat tubuhku dengan pelbagai mesin pelik dan aku dapat rasa kepalaku berbalut. aku yakin tadi ada sesuatu buruk menimpaku.

"awak dekat hospital. masih baik awak dapat diselamatkan oleh myungsoo. kalau tak awak lebih parah daripada ini." balas perempuan yang berambut perang. aku hanya melihatnya dengan muka kosong. aku tidak tahu membalasnya apa. myungsoo? hospital? kenapa dengan aku? siapa myungsoo? macam mana aku boleh cedera parah?

"siapa myungsoo? dan bagaimana saya boleh cedera bergitu teruk sebegini? apa yang terjadi sebenarnya ni?" soalanku membuat mereka tersentak lantas mereka pandang ke arah lelaki yang bajunya kotor dengan warna merah. bajunya sedikit menyeramkan. lelaki itu hanya memadang aku dengan tajam dan terus keluar dari bilik.

aku sedikit hairan dengan lelaki tadi dan juga dua perempuan tadi tiba-tiba menangis . aku hanya memadang mereka dengan lesu. aku tak berdaya menanyakannya. mata aku berat kelihatan berat sekali......

dua bulan kemudian....
22.6.20xx  9.30

"jiyeon!!!" jerit suzy kearahku. aku hanya senyum lalu melambai kearahnya. dia ketawa gembira dan lari kearahku. aku hanya berjalan melintasi ke kantin yang penuh sesak. ini sudah sudah dua hari  aku bersekolah di sini. sudah lama aku duduk di hospital. kadang-kadang aku menganggap hospital itu rumah keduaku.

"ehhh awak tak nak rehat ke? kata suzy pelik kerana aku tidak berhenti di kantin. aku hanya mengeleng-geleng kepala sambil tersenyum.

"saya nak bersiar-siar di kawasan sekolah. kan saya baru masuk ke sekolah ini. saya tak ingat apa-apa pun." kataku perlahan. ye aku seperti pelajar baru yang baru masuk ke dalam sekolah ini walaupun aku sudah empat tahun bersekolah ini tapi aku tak dapat ingat apa-apa pasal sekolah ini.

"hahahahha mari saya tunjukkan tempat awak suka pergi. awakkan suka sangat baca dekat situ. dekat situ juga awak suka tulis dairi" katanya gembira dan lantas mengenggam tanganku.aku hanya mengikut dia kemana dia hendak membawaku...

****

"yaaa sinilah tempat yang awak sukakan tu.hahahaha cantikkan? katanya dan duduk di atas bangku yang telah disediakan di situ. aku hanya memerhati sekeliling. cantik, nyaman dan selesa! sekejap macam pernah aku lihat tempat ini. ya tempat ini..... aku jumpa seseorang di sini...tapi....aduhh sakitnya kepala. kepala aku. berdenyut-denyut. mengapa ni??

"jiyeon.. are you okay?" kata suzy risau. mukanya sedikit berkerut. dia mungkin terkejut tiba-tiba aku memegang kepalaku. mukaku berkerut memadang dia, aku hanya tersenyum paksa kepadanya tanda aku tak ada apa-apa.

"oh, Kwaenchan-ha, jomlah kita pergi." lantas aku menarik tangan suzy dan pergi meninggalkan tempat itu dengan kepalaku yang sedang berdenyut-denyut. entah mengapa, kepala aku menjadi sakit apabila mengingatkan tempat itu. aku yakin disitu ada sesuatu tragedi yang membuatkan aku rasa sakit sangat.


****

Myungsoo POV

"cepat, angkat dia ke belakang aku. kita mesti cepat! sebelum jadi lebih kritikal. cepat sungyeol! sebelum kita terlambat!" jeritku dengan kuat kerana tiada masa sekarang untuk berlenggah-lenggah lagi. aku lihat darah daripada kepalanya mengalir dengan laju sekali. aku tidak sanggup melihatnya dengan teruk sekali.

"dah siap. hati-hati bawa dia." kata sungyeol kepadaku. aku hanya menangguk-angguk lantas masuk ke hospital diikuti suzy dan IU yang sudah hampir menjadi orang gila melihat keadaan jiyeon sekarang.

selepas sahaja jiyeon dimasuk ke dalam wad. aku dipanggil ke bilik doktor setelah dua jam pembedahan. aku sedikit takut dan gementar. pada mulanya suzy mahu ikut aku tapi aku tidak bagi sebab aku yakin ada berita buruk yang akan menimpa kami sebentar lagi....

****

"Park Jiyeon mengalami pendarahan teruk di kepala, kemungkinan dia akan hilang ingatan yang dinamakan penyakit amnesia." kata doktor itu dengan tenang tapi wajah kelihatan bergitu serious. aku tergamam. Jiyeon hilang ingatan? jadi jiyeon tak akan ingat apa-apa sekarang? tiba-tiba air mataku hampir mengalir tapi aku menahannya dengan tabah. aku tak boleh selemah ini!

"jadi, macam mana saya nak pulihkan jiyeon?" kataku dengar dengan suara terketar-ketar. ya, aku takut sangat bila mendapat berita ini. aku tidak tahu apa yang akan berlaku kepada jessica dan victoria nanti. aku hanya boleh berdoa sahaja!

"itu, kuasa tuhan. kita boleh berdoa dan berusaha untuk memulihkannya. saya rasa, kenangan manis atau silam dia dapat memulihkan ingatannya. tapi jangan terlampau memaksa dia meningatkannya, ia boleh membawa lebih parah nanti" kata doktor itu semula sambil membetulkan cermin matanya yang kebawah sebentar tadi...

****

suzy POV

"jadi macam mana keadaan jiyeon?" tanya  Sungyeol setelah lihat myungsoo keluar dari bilik doktor. aku dan IU berdebar-debar menunggu myungsoo keluar dari bilik doktor. aku berharap yang dia membawa berita baik fasal jiyeon.

"jiyeon disah mengalami penyakit Amnesia. kita dah terlambat" kata myungsoo penat lalu duduk di kerusi berdekatan sambil mengusut rambutnya tanda dia kesal sangat, aku dan victoria tidak tahan lagi lalu menangis di situ juga. tiba-tiba victoria bersuara

"hahaha saya yakin yang jiyeon tak hilang ingatan lagi. saya yakin yang doktor tuh silap. hahahaha saya yakin!" kata IU dengan bersungguh-sunggup sambil mengelap air matanya dengan kasar sekali. 

"tak, IU. doktor kata dia mengalami pendarahan banyak itu menyebabkan dia hil...."

"sudah! jangan cakap perkataan tuh depan saya! saya benci perkataan tu. saya benci!! jom suzy kita pergi melawat jiyeon sekarang" lantas tanganku dicapainya. aku tidak tahu hendak buat apa jadi aku hanya mengikut IU ke wad jiyeon. aku tak pernah melihat IU segarang ini.

****

myungsoo POV

"myungsoo, jom balik!" kata  Sungyeol sambil mengemas begnya. aku tersentak, lantas aku memadang sekeliling kelas. kosong! mana semua orang. lalu aku melihat jam tanganku. yaaaa! sudah pukul 2.40! waktu sekolah sudah habis. bagaimana aku tidak perasan?

"err. okay!" tanpa membuang masa aku mengemas beg. aku mesti cepat! mahu lihat keadaan jiyeon yang baru sahaja keluar dari hospital kelmarin. harap dia sihat dan okay seperti biasa.

"myungsoo oppa!" jerit seseorang dari luar kelas, aku memadang ke arah suara itu dan aku tersenyum melihat kehadirannya.

"ehem. aku  pergi dulu. kau boraklah dengan dia. dia rindu sangat dengan kau tuh" kata sungyeol kepadaku sambil mengeyit mata kepadaku. aku hanya ketawa melihat aksi spontan sungyeol tadi dan mengangguk tanda faham.

"oppa! oppa pergi mana semalam?" tanyanya dengan manis sekali.

"tak, oppa kat rumah je" kataku sambil mengemas beg sekolahku. banyak buku yang aku harus bawa pulang untuk ulangkaji.

"kenapa demam ke?" 

"a'ah." jawabku sambil mengemas bag.

"lahh. sekarang sihat dah ke? or still demam lagi?" katanya lalu tangannya capai ke dahiku dan menyentuh mukaku untuk pastikan aku masih demam or tidak lagi. aku tergamam. terkejut dengan aksi spontan HyunA.

"err.. HyunA, jangan buat macam ni. oppa tak suka" kataku lalu jauhkan tangan HyunA dari mukaku. aku tidak mahu orang menyalah anggap perhubungan kami berdua.

"ops, sorry oppa." katanya dengan perlahan.

"it's okay. eh oppa balik dulu. oppa ada hal. esok kita berborak lagi ye" kataku lalu keluar dari kelas dengan cepat. aku baru teringat yang aku harus lihat keadaan jiyeon.

"oppa......"


to be continued....

p/s: buat cerita baru. watak sama. tsk ini kali ke berapa dah aku tukar cerita. tsk T_T